Monday 23 July 2012

Malu terkentut??Cara-cara cover kentut.

Dear gentle readers,

kalau slalu kita dengar "Ada apa dengan cinta" so today kita cite paasal benda lain lah,cinta2 ni biasa sgt,so kita crita pasal "Ada apa dengan kentut" plak.Tajuk dia menarik kan?,confirm traffic blog naik punya.~=D~

Bayangkan situasi dlm lif,tiba2 je dengar bunyi ni,proooot!!,tak ke bergegar lif tu?hahaha,apa korang nak buat kalau u dalam lif tu?~eh,ni bukan soalan quiz,tak pe,jawab dalam hati pun boleh,tak dapat hadiah ponn~=p

i teringat ada pepatah pasal kentut ni:

if orang US terkentut dia kan cakap "Excuse me"
if orang British terkentut dia akan cakap "Pardon me"
If orang Malaysia kentut dia akan cakap "Not Me!!,Not Me!!"..

HAhAhAhA!!


Persoalan yang perlu dikupas hari ni ialah: Ada apa dengan Kentut?? Apsal plak cite pasal kentut mentut ni,tak de cerita lain ke?geli lah uweks!!,Eleh,geli konon,abistu,u tak pernah kentut ke?kan kentut tu nikmat.hahaha.

Bukan apa,kadang2 i terfikir and timbul rasa kesian(tak de benda lain ke ko nak fikir?haha)kadang2 org yg melepas ni tanggung malu seumur hidup.hahaha.pasal apa?sbb dia xsengaja melepas kat tempat yg tak "sepatutnya",yelah,kalau dalam lif tiba2 org tu "terkentut" and kita tau dia "terkentut" plus kita kenal diaa. Tak ke lepas tu tak pasal2 dia terus jadi "terkenal" sebab kentut dlm lif?Then tanggunglah malu!!(malu weih) tiap kali terserempak ngan kita mesti dia rasa nak cover muka ngan paper or nak sembamkan muka dalam tong sampah nak cover malu.huhuhu.

Isu ni memang dah ramai org cerita,siap ada yang buat tajuk pasal "mengenali personaliti anda melalui kentut" lagi . So bila i cari article pasal kentut (cewah,siap refer article lagi tuh..wow!!),i rasa i patut share ngan readers,sebab kadang2 ada antara kita yang ada bnyk angin dlm badan,so angin tu,selalunya keluar dlm cara burp(sendawa), or fart(kentut),so persolannya sekarang adakah kerap kentut itu satu penyakit yg berbahaya??,meh kita baca article ni from berita harian.


Kerap kentut Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my 2010/03/28


PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber;
a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)
b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus .Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut.

Info Makanan penyebab kentut

•Kacang • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
• Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
• Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan


so MOTIFF???? i just nak share sometimes yang pakai premium beautiful ni memang akan alami "healing crisis", antaranya,pening,loya,kerap sendawa,berpeluh2,"KERAP KENTUT" and etc..it depends on individual itself.

Macam i,ada jugak rasa pening sikit,berpeluh2 tu dah mcm bersenam dah,tapi best part is sebab i breastfeed memang banyaklah milk supply tu,i xde makan apa2 supplement pun.(yang ni nanti i akan cerita pasal breastfeed and premium beautiful kat other entry).

I akan share ngan orang after i experienced everything,baru i share,mcm kat fb,i share yang beli makeup kat stage harga rm200 instead of dekat rm600,lagi i share pasal hotel yg best kitaorg pernah pergi,and i share pasal online shopping yg i beli pants 7 helai brand ELLE untuk my daughters just rm200 je,instead of Rm800++.

I tak share untuk my own benefit shj,tapi if i got the benefit,definitely i will share ngan semua org.kalau i tak happy pun i akan share jugak,for example kitaorg memang blacklist terus "restoran intai2" kat ampang.i know it is famous,tapi kitaorg memang ada bad experience which dekat 2jam bukan setakat makan air pun tak dapat.dah lah tu bila kitaorg tanya dia boleh jawab"table2 lain tak dapat lagi"..itu my experience,org lain maybe ada good experience.

Ha...back to our topic..sebenarnya untuk org2 yang ada penyakit kerap kentut ni,kena buat macammana?Jangan risau,sekarang dah ada cara nak cover kentut..

Memperkenalkan revolusi baru..cara cover kentut!!!!
Dapatkannya di kedai2 terpilih.hahaha


By the way,those yang interested nak jadi business partner and earn extra income WITHOUT KELUARKAN MODAL ,bole pm aniez kat fb(click je gambar fb i) or email (aniez.zainal@gmail.com) or sms aniez at (013-3999325) .

Appreciate if you may leave ur comment kat my blog.thanks ..love ya!!


No comments:

Post a Comment